Thursday, April 24, 2014

SEDEKAHLAH KEPADA SUAMI ANDA

Zainab adalah Seorang isteri yang  hartawan telah berkahwin dengan Abdullah bin Masud R.A. seorang yang miskin. Beliau sangat berhajat untuk mensedekahkan harta kepada suaminya tetapi merasa ragu-ragu  sama ada perbuatannya itu dibolehkan atau sebaliknya. 

Zainab menyuruh Abdullah bin masud supaya pergi berjumpa Nabi S.A.W untuk mengadu hal apakah hukum beliau boleh bersedekah untuknya.


Suaminya berasa keberatan untuk berbuat demikian dan menyerahkan urusan itu kepada isterinya. Zainab terus pergi kerumah Nabi S.A.W dan didapati di rumah nabi ada seorang perempuan yang mengalami masaalah yang sama.

Semasa berbual-bual, kemudian lalu Bilal dan meminta jasa baik Bilal untuk menanyakan kepada Nabi S.A.W. tetapi beliau meminta Bilal merahsiakan pengenalan diri kerana malu kepada Nabi S.A.W.

Setelah Bilal bertemu dengan Rasullullah S.A.W, barulah dapat merungkaikan masaalah yang terbuku selama ini bahawa Rasullullah S.A.W memberitahu bahawa seseorang isteri yang bersedekah kepada suaminya akan mendapat 2 pahala iaitu pahala sedekah dan pahala kerabat.

Kesimpulannya wahai isteri-isteri, banyaklah memberi pertolongan kepada suami-suami anda jika anda mahu kedua-dua pahala tersebut disamping ia juga akan mendapat payung dimahsyar nanti. Insya Allah..


SUMBER


-



~~~~~ info ~~~~ iklan ~~~~ makluman ~~~~  

No comments: