Monday, April 21, 2014

BOLEHKAH MENGHADIRI UPACARA PENGEBUMIAN ORANG BUKAN ISLAM?

Menghadiri Upacara Pengkebumian Mayat Keluarga Atau Teman Yang Kafir Di Gereja

Dengan hormat dan penu takzim, sukacita dipohonkan Fatwa berhubung dengan menghadiri upacara pengebumian mayat keluarga atau teman yang kafir di gereja untuk kegunaan dan rujukan Unit Kawalan Akidah dan Syariah, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Brunei Darussalam.

Pandangan dan penjelasan Pehin mengenai perkara tersebut adalah sangat-sangat diharapkan dan tidak lupa diucapkan ribuan terima kasih.



Jawapan: 


الحمد لله الفتاح الوهاب الهادى إلى الحق والصواب، والصلاة والسلام على رسوله خاتم الأنبياء والرسل، واله وصحبه أجمعين.


Daripada soalan yang dikemukakan terdapat dua perkara yang perlu dihuraikan terlebih dahulu sebelum memberikan rumusan dan jawapan. Pertama, berkaitan dengan mayat orang kafir dan kedua, berkaitan dengan hukum memasuki gereja.



Bermuamalah Dengan Orang Kafir

Agama Islam amat tegas dan keras dalam soal mempertahankan akidah Islamiah. Namun, ia juga amat berlembut dan toleran dalam soal social dan kemasyarakatan, termasuk hubungan dengan orang yang bukan Islam, iaitu selama hubungan itu tidak menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal, dan tidak pula akan merosakkan aqidah Islamiyyah.

Firman Allah Ta’ala:


لا ينهكم الله من عن الذين لم يقتلوكم فى الدين ولم يخرجكم من ديركم أن تبروهم وتقسطوا إليهم إن الله يحب المقسطين

(سورة الممتحنة: 8)


Tafsirnya: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-oang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”

(Surah Al-Mumtahanah:8)


Pengurusan Mayat Kafir Dzimmi

Berbuat baik dan berlaku adil kepada yang bukan Islam tidak dilarang dalam Islam, begitu juga berjual beli, saling berkunjung, menghormati mereka sebagai makhluk dan sebagainya dari sudut pergaulan atau hubungan mengikut sukatan mujamalah saja, bukan kerana memenuhi tuntutan acara keagamaan mereka.

Dalam hubungan ini jika ada kematian di kalangan mereka yang kafir dzimmi, bagaimanakah sikap orang Islam?

Perlu diketahui bahawa pada dasarnya kafir dzimmi itu dituntut supaya tidak menzahirkan atau mengiklankan penanaman mayat dan kematian mereka secara berterang-terangan.

Imam Nawawi berkata:

يؤخذ على أهل الذمة أن يخفوا دفن موتاهم، ولا يخرجوا جنائزهم ظاهرا


Ertinya: “ Hendaklah disyaratkan ke atas ahli dzimmi supaya mereka menyembunyikan penanaman mayat mereka, dan tidak membawa mayat mereka secara terang-terangan” (Ar-Raudhah 10/333)

Dari pihak orang Islam pula, ada beberapa perkara yang tidak dibenarkan mereka itu melakukannya ke atas mayat orang kafir, antaranya ialah menyembahyangkannya. Ini adalah larangan secara mutlak, seperti kata As-Sayyid Al-Bakri:

فتحرم الصلاة عليه مطلقا وأما غسله فيجوز وأما تكفينه فيجبان إن كان ذميا أو مؤمنا أو معاهدا بخلاف الحربى والمرتد

Ertinya: “Haram menyembahyangkan orang kafir secara mutlak, tetapi harus memandikannya. Adapun mengkafan dan menanamnya pula adalah wajib jika ia kafir dzimmi atau mu’amman atau mu’ahad, tetapi kafir harbi atau orang murtad tidak wajib.” (I’anah Ath-Thalibin 2/108)

Begitulah antara perkara yang tidak boleh dan yang boleh dilakukan terhadap mayat kafir dzimmi dari sudut menyembahyangkan, memandikan, mengkafankan dan menanamnya.


Mengiringi Mayat Orang Kafir Ke Kubur

Adapun perkara takziah dengan menghadiri atau mengikutinya ke tempat penanaman, padanya ada dua keadaan, pertama, jika mayat itu keluarga terdekat, dan kedua, jika bukan keluarga.

Apabila dia keluarga terdekat, seperti isteri, jiran, teman rapat, maula dan hambanya, maka hukumnya tidak dilarang yakni harus.

Imam Nawawi sebagaimana dinukil oleh pengarang Al-Qalyubi wa’Umairah berkata:

ولا بأس باتباع المسلم جنازة قريبه الكفر، أى لا يكره

Ertinya : “ dan tidak mengapa orang islam mengiringi mayat keluarganya yang kafir, yakni ( hukumnya ) tidak makruh.” ( Qalyubi wa ‘Umairah 1/406 )

Pengarang kitab Fath Al-Allam memperjelas lagi pengertian keluarga itu katanya :


يباح للمسلم تشييع جنازة قريبه الكافر ، ومثله الزوجة والجار والصديق والمولى والعبد.

Ertinya : “ dibolehkan bagi orang islam mengiringi mayat keluarganya yang dekat yang kafir, seperti isterinya, jiran, teman rapat, maula dan hambanya.” ( Fath Al-Allam 3/280 )

Tetapi jika dia orang lain, bukan keluarga, maka hukumnya haram sebagaimana yang disebutkan dalam kitab yang sama berbunti : 


أمام غير هم من الأجانب فيحرم كما فى القليوبى على الجلال

Ertinya : “ Adapun selain mereka ( selain isteri, jiran,teman rapat, maula dan hamba ) adalah di haramkan sebagaimana yang disebutkan dalam kitab Al-Qalyubi ‘ala Al-jalaj.” ( Fath Al- ‘Allam 3/380 )

Di antara dalil keharusan itu ialah :


روى عن على كرم الله وجهه قال : أتيت النبي صلى الله عليه وسلم فقلت : إن عمك الضال قد ماتز فقال : اذهب فواره.

Maksudnya : “ diriwayatkan daripada Ali Karramllahu Wajhah, katanya : “ saya mendengar Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam, lalu berkata : “ sesungguhnya bapa saudaramu yang sesat itu telah mati. “ Maka Baginda bersabda : “ Pergilah segera.” ( Fath Al- Allam 3/280 )


Adab Ketika Menziarahi Mayat Orang Kafir

Walaupun begitu, etika ketika menhadiri mayat orang kafir tidaklah sama caranya dengan orang kafir sendiri yang turut hadir, sama ada sebelum dibawa ke kubur atau semasa membawanya.

Berikut ini dicatatkan beberapa riwayat yang ada kaitan dengan perkara ini :


قال محمد بن الحسن بن هارون : قيل لأبي عبد الله : ويشهد جنازته ؟ قال : نعم ، نحنو ما صنع الحارث بن ابى ربيعة ، كان شهد جنازة أمة، وكان يقوم ناحية ، ولا يحضر لأن معلون.


Maksudnya : “ Muhammad bin Al-Hasan bin harun berkata : “ Abu Abdullah ditanya : “ dan adakah dia boleh menghadiri mayatnya ?” beliau menjawab : “ ya, boleh, sebagaimana yang dilakukan oleh Al-harith bin Abu rubai’ah di mana dia menghadiri mayat ibunya, dan dia hanya berada di tepi tidak barada di dekat mayat, kerana mayat itu dilaknat.”


عن عبد الله بن كعب ابن مالك عن أبيه : جاء قيس شماس الى النبي صلى الله عليه وسلم فقال : إن أمه توفيت وهى نصرانية ، وهو يجب أن يحضرها. فقال له النبي صلى الله عليه وسلم : اركب دابتك وسر أمامها ، فإذا ركبت وكنت أمامها فلست معها.

( رواه الدارقطني )

Maksudnya : “ Daripada Abdullah bin Ka’ab bin malik daripada bapanya : “ Qais bin Syammas dating menemui Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, katanya : “ Ibunya kebetulan mati sebagai seorang Kristian, dan dia ingin menghadiri mayatnya”, maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepadanya : “ Naiki kenderaanmu dan berjalanlah di hadapan mayatnya, kerana apabila engkau menunggang dan engkau berada di hadapanya, maka engkau tidak dikira bersamanya.”


( hadis riwayat ad-Daraqutni )

Berdasarkan riwayat ini, kehadiran ( takziah ) di dalam majlis yang ada padanya mayat orang kafir hanya sekadar menunjukkan simpati saja dan tidak terlalu dekat dengan mayat, manakala ketika membawanya ke tempat penanaman pula, maka beradalah di hadapan mayat, bukan di arah belakangnya.

Simpati ( takziah ) yang ditunjukkan itu hanya sekadar mujamalah saja dan kehadiran itu pula tidak sekali-kali dikaitkan dengan agama dan akidah, yakni kehadiran itu tidak kerana mengikut acara keagamaan mereka.

Dengan yang demikian bertakziah dengan menghadiri mayat orang kafir daripada kalangan keluarga atau teman rapat dalam batas-batas yang tidak termasuk dalam acara keagamaan mereka, adalah diharuskan.

Memasuki Gereja

Di dalam sesetengah kitab yang menghiraikan hukum-hukum yang berkaitan dengan kafir dzimmi ada disebutkan :

“ Gereja –gereja mereka ini adalah tempat –tempat laknat, kemarahan dan kemurkaan turun kepada mereka di dalamnya sebagaimana kata-kata sebahagian sahabat :


إجتنبوا اليهود والنصارى فى أعيادهم فإن السخطة تتنزل عليهم.

Ertinya : “ Jauhi oleh kamu akan orang-orang yahu di dan Nashrani di dalam hari-hari kebebasan mereka, kerana kemurkaan turun kepada mereka.”

Selain daripada itu, gereja itu termasuk di antara rumah ( tempat ) musuh-musuh Allah dan rumah musuhnya pula adalah tidak layak dijadikan tempat beribadat kepadanya.” ( Lihat Ibn Qayyim Al-Jauziah, Ahkam Ahl Adz- dzimmah 3/1230-1231 )

Apabial demikian halnya gereja itu, maka tidaklah elok bagi seseorang Muslim memasukkinya tanpa sebab-sebab tertentu. Di dalam sejarah pembukaan Baitul Maqdis sebagaimana yang disebutkan oleh Al-Magrizi, memang ada dicatatkan bahawa Sayyidina Umar radhiallahu ‘anhu pernah memasuki gereja Al-qumamah ( Al-Qiyamah ) dan sempat duduk di dalamnya dan apabila tiba waktu sembahyang , beliau keluar. ( Lihat Muhammad Ridha, Al-Faruq : Umar bin Al-Khattab, h.206). tindakan sayyidina Umar ini lebih banyak bermotifkan politik Islamiah yang pada masa itu agama Islam baru mula bertapak di kawasan baitul Maqdis dan Uamr sendiri memasukinya bukan kerana sukakan atau cenderung kepada gereja atau ajaran mereka.

Syarat-syarat Memasuki gereja 

Hukum memasuki gereja dari sudut fiqh, mengikut ulama-ulama syafi’e adalah dibolehkan dengan beberapa syarat.

Antara syarat-syarat itu ialah ada kebenaran daripada pihak gereja dan di dalam gereja itu pula tidak terdapat ganbar atau patung-patung yang dimuliakan seperti gambar atau patung yang disangkakan orang nashrani sebagai gambar atau patungnabi Isa ‘alaihishshalatu wassalam, atau sayyidina Maryam dan lain-lain.

Jika syarat-syarat ini tidak terpenuhi , maka tidaklah harus memasukinya yakni haram masuk gereja dengan gambar-gambar atau patung-patung yang dihormati, yang diletakkan dalam gereja itu.

Ibnu hajar Rahimahullah berkata :

ولا يجوز دخول كنائسهم المستحقة الإبقاء غلا بإذنهم ما لم يكن فيها صورة معظمة

Ertinya : “ dan tidak harus memasuki gereja-gereja mereka yang boleh dikekalkan, kecualilah dengan ada izin kebenaran daripada mereka, iaitu selama di dalam gereja-gereja itu tidak terdapat gambar yang dimuliakan.” ( tuhfah Al- Muhtaj 9/295 )

Imam Ali Asy-Syibramalissi rahimahullah lebih tegas mengatakan hukumnya, katanya :


لا يجوز لنا دخولها إلا بإذنهم ، وإن كان فيها تصاوير حرم قطعا.

Ertinya : “ tidak harus bagi kita memasukinua, kecuali dengan izin kebenaran mereka, dan jika ada di dalamnya gambar-gambar, maka diharamkan sama sekali” ( hasyiah Nihayah Al-muhtaj 8/99 )

Termasuk juga syarat itu hendaklah masuknya itu tidak membawa kesan cenderung atau mengiktiraf kepada ajaran gereja atau akan membawa dia mempersenda islam bersama-sama orang sehingga boleh merosakkan akidahnya . ( Lihat Fatwa Abdul Halim Mahmud,h.198 )

Rumusan 

dengan memandang sepintas lalu huraian yang di atas, adalah dibolehkan ikut serta mengiringi jenazah orang kafir dari tempat kediaman asalnya sehingga sampai ke tempat penanaman, termasuk ke gereja yang sunyi daripada gambar dan patung-patung yang di sebutkan akan tetapi perlu di ingat bahawa orang islam adalah haram menghadiri atau mrnyertai mana-mana acara peribadatan atau acara ajaran khas keagamaan lain, sama ada dilakukan di gereja, kuil, rumah atau di mana-mana tempat sekalipun.

Pengarang Iqtida Ash –Shirath Al-mustaqim berkata :


إذا كان من جنس أعمالهم التى هى دينهم ، أو شعار دينهم الباطل ن واما هذا محرم كله ن بخلاف ما لم يكن من خصائص دينهم ولا شعارا له


Ertinya : “ Apabila perkara itu termasuk daripada jenis amalan yang tergolong daripada agama mereka, atau syi’ar ( lambing) agama mereka yang bathil itu, kesemua ini adalah diharamkan ( menyertai atau menyerupainya ). Kecuali jika amalan berkenaan bukan khusus daripada ajaran atau syi’ar agama mereka.” (h.167 )

Mayat orang kafir ( Kristian ) yang di bawa ke dalam gereja bagi menjalankan upacara khas keagamaan adalah satu upacara yang hanya di dalam agama mereka saja dan ia menjadi salah satu syi’ar atau tanda khusus bagi agama mereka, kerana mengikut hukum islam, kematian di kalangan kafir dzimmi hendaklah mereka sembunyikan. Cara seperti ini tidak ada di dalam islam dan bagi orang islam sendiri tidak dibenarkan turut bersama mengikuti atau menyertai acara keagamaan mereka ini.

Dengan yang demikian, di dalam soal orang islam datang ke gereja untuk hanya sekadar memberi takziah dan simpati kepada keluarga terdekat atau teman rapat adalah harus, iaitu selama tidak menyertai acara khusus keagamaan mereka dan di tempat itu tidak ada gambar atau patung yang dimuliakan sebagaimana yang disebut oleh Ibnu Hajar dan Ali Asy-syibramalissi itu.

Negara asal : Brunei darussalam

Badan yang mengisu fatwa : Jabatan mufti kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darulssalam
Penulis/Ulama : Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Bin Juned
Tarikh Diisu : 2000

Nota: Fatwa mufti kerajaan brunei 2000

SUMBER



~~~~~ info ~~~~ iklan ~~~~ makluman ~~~~  

No comments: